
Laporan/Foto: Joel Jale@Jabu (Sarawak)
LIMBANG, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Program Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bersama Komuniti MADANI adalah program di mana ianya bermanfaat kepada ahli-ahli Komuniti dalam meningkatkan kefahaman dan memperkasakan kemahiran digital selaras mengikut peredaran zaman.

Ahli Komuniti MADANI Kampung Belimbing yang menghadiri Program Komuniti MADANI Bersama NADI hari ini.
Menurut Ameldora Epis, 30, merupakan Pengurus NADI Nanga Medamit, program tersebut dapat mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan pihak NADI serta berkongsi pelbagai informasi mengenai keselamatan penggunaan internet.
“Komuniti MADANI dapat mempelajari pelbagai program-program ICT dan seminar berkaitan keusahawan yang disediakan oleh pihak NADI dan berharap ia dapat mengeratkan silaturahim diantara NADI dan Komuniti MADANI di masa akan datang,” katanya hari ini.
Program Komuniti MADANI bersama NADI telah dihadiri seramai 10 orang ahli Komuniti MADANI Kampung Belimbing.
-RJ-