Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Nilai Qawam Teras Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan

By 24 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi

TAMPIN, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Nilai Qawam menjadi teras kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ucapannya, berkata qawam adalah daripada kalimah qama yang bermaksud melaksanakan atau menanggung sesuatu sepertimana yang dinyatakan daripada firman Allah SWT dalam Surah al-Furqan ayat 67.

“Sikap qawam ini merupakan isyarat kesederhanaan yang melambangkan sifat keadilan, kesaksamaan, keseimbangan dan tidak melampaui batas.

Aminuddin menyampaikan sijil penghargaan kepada jabatan dan agensi yang membantu ketika banjir.

“Nilai Qawam ini turut memastikan setiap tindakan adalah berlandaskan etika,” katanya di hadapan lebih 500 penjawat awam negeri dan persekutuan daerah Tampin semasa Perhimpunan Pentadbiran Daerah Tampin 2025 Bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminudin Harun  di Dewan Perdana Tampin, hari ini.

Aminuddin turut memaklumkan Kutipan Hasil daerah Tampin sebanyak RM11.17 juta iaitu 129.18 peratusatau RM2.52 juta melebihi sasaran yang ditetapkan pada tahun 2024 iaitu RM8.65 juga.

Menurutnya, daerah Tampin juga telah dinobatkan sebagai daerah tertinggi peratus Kutipan Tanggungan Cukai Tanah bagi tahun 2024 iaitu 106.01 peratus dengan jumlah RM318,023.

“Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana salah laku integriti. Mungkin ada sebahagian yang sudah biasa dengan amalan-amalan terdahulu.

“Cukup dan hentikan! Saya memberikan kuasa penuh kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan yang tegas sekiranya terdapat laporan dan kes,” tegasnya.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut menyatakan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah Veerapan Superamaniam dan ADUN Gemencheh Suhaimizan Bizar yang banyak membantu semasa kerja-kerja pasca banjir.

Aminuddin bersama penjawat awam daerah Tampin.

“Tidak lupa terima kasih kepada penyumbang tenaga dan keringat serta barang-barang keperluan rumah untuk mangsa banjir sebagai keperluan asas mereka,” katanya.

Pada majlis itu Aminuddin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua agensi dan jabatan yang terlibat membantu mangsa-mangsa di daerah Tampin.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim,  Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah Tampin Mohd Fadhil Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda