Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Nisfu Syaaban Keharuman yang Dicari

By 14 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azim Othman (Melaka Tengah)

MELAKA, 14 Feb (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Agama Islam Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka telah menganjurkan majlis sambutan Malam Nisfu Syaaban peringkat negeri Melaka yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, di sini semalam.

Sesi Tazkirah bertajuk ‘Nifsu Syaaban : Keharuman yang Dicari’ telah disampaikan oleh Muhammad Sayyid Alhanbali Alazhari, Penasihat Am Jabatan Mufti Mesir.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan doa selamat yang dipimpin oleh Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Penasihat Am Jabatan Mufti Mesir Muhammad Sayyid Alhanbali Alazhari yang menyampaikan tazkirah, berkata konteks ‘Keharuman yang Dicari’ telah menjadi tajuk asas dalam penghayatan nilai-nilai yang boleh diperolehi melalui amalan sunnah dalam menyambut Malam Nifsu Syaaban.

“Malam Nisfu Syaaban diibaratkan perayaan yang disambut oleh para malaikat dan ianya jelas sangat penting buat umat Islam dalam merebut peluang membuat amal kebaikan serta amalan sunah sewaktu Malam Nisfu Syaaban.

Dihadiri oleh Tun Mohd Ali Rustam dan barisan dif-dif kehormat serta hadirin yang lain.

“Rebutlah peluang selagi masih ada kerana syurga itu mahal harganya dan ianya dipenuhi oleh orang beriman yang sentiasa ingin mencari rahmat Nya,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda