
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 16 Feb (MalaysiaAktif) – Arked Niaga Padang Besar sangat dikenali oleh pelancong yang datang ke negeri Perlis.
Pengangkutan awam, seperti bas mahu pun kereta api Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan laluan komuter utara yang berakhir di Padang Besar, memudahkan masyarakat terutama bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam menjadikan Padang Besar tempat tumpuan membeli-belah yang wajib dikunjungi sekiranya datang ke negeri Perlis.

Jersi pelbagai pilihan ada di Padang Besar.
Pelbagai produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), produk negara jiran seperti makanan dan juga pelbagai barangan lain boleh didapati di sini.
Bagi para wanita, Arked Niaga Padang Besar adalah antara destinasi mendapatkan kerongsang, pakaian dan juga termasuk peralatan dapur seperti periuk.
Untuk kaum lelaki pula, tidak lengkap sekiranya datang ke sini jika tidak mendapatkan jersi.
Kanak-kanak pula, ada pelbagai jenis mainan dan pakaian yang dijual.
Padang Besar juga terkenal kerana terletaknya stesen keretapi paling terakhir dan paling utara di Malaysia termasuk pintu sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) bagi mereka yang ingin ke n

Kumpulan pelancong dari Kuala Lumpur memuji keenakan makanan di Waremart
egara Thailand melalui pintu sempadan di sini.
Sempena Cuti Sekolah yang berakhir, wartawan Malaysia Aktif sempat meninjau dan berkongsikan suasana Padang Besar pada hujung cuti sekolah sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun 2025 pada Isnin ini.
Menurut seorang pengunjung, Yusri Yusop, 50, ketika musim cuti sekolah, Arked Niaga, Padang Besar Street dan WareMart Padang Besar sentiasa sesak dengan pengunjung dan tumpuan para pelancong.
“Kini dilihat banyak lot kedai baharu dan ditambah baik kemudahan seperti surau, parkir (kawasan meletak kereta) dan juga bilik air.
“Bagi satu-satu masa dalam keadaan terlalu ramai, kawasan ini kini masih mampu menampung pengunjung yang datang bertalu-talu,” ujarnya ketika ditemui kelmarin.
-ZS-