Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang di Landasan Tepat Memacu Ekonomi

By 25 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham

JERANTUT, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Terbinanya Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Pahang berada di landasan tepat untuk memacu ekonomi negeri setanding dengan negeri-negeri lain di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Nizar melihat proses pengasingan madu kelulut di Paya Gunung Jerantut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib, berkata ECRL tertumpu di tujuh stesen utama di negeri Pahang iaitu, Bentong, Temerloh, Maran, Paya Besar, KotaSAS, Pelabuhan Kuantan dan berakhir di Cherating yang mana Pahang akan menerima lapangan terbang baharu di kawasan ini.

“Walaupun begitu, daerah yang tidak terlibat dengan jajaran ECRL turut akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri untuk menikmati pembangunan di mana para pelabur akan melabur di daerah-daerah ini,” katanya.

Nizar membeli produk buatan anak tempatan.

Nizar berkata demikian di Majlis Dialog Bersama Pemegang Taruh di Dewan Majlis Daerah Jerantut ketika mengadakan lawatan kerja ke daerah Jerantut, di sini semalam.

“Daerah Jerantut telah menyumbangkan sebanyak empat peratus untuk ekonomi negeri Pahang pada tahun 2024 dan kerajaan negeri di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Pahang 2030 telah menubuhkan Agensi Pahang Barat Plus yang akan menerajui struktur pembangunan dan ekonomi untuk daerah di Pahang Barat Plus,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda