Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang FM Ceriakan Hari Pertama Persekolahan

By 18 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/DJ Pahang FM

KUANTAN, 18 Feb (MalaysiaAktif) – Pahang FM menceriakan 100 pelajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Mas sempena hari pertama persekolahan yang bermula semalam.

Murid-murid turun diajak menari bersama.

Menurut Penerbit Program DJ Harun, Pahang FM Back to School ini merupakan program tahunan Pahang FM yang bertujuan untuk meraikan hari pertama persekolahan.

“Pelbagai aktiviti menarik kami bawakan untuk murid-murid antaranya persembahan nyanyian oleh penyampai-penyampai radio Pahang FM, persembahan silap mata dan tarian, permainan dam ular gergasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif, semalam.

Ujarnya lagi, ketibaan murid-murid ke sekolah turut disambut oleh maskot bersama guru mereka sebelum menyertai perhimpunan.

Murid-murid di perhimpunan sekolah pada hari pertama.

Terdahulu, sebanyak 100 Kit Bantuan Tunas Makmur Pahang turut disampaikan kepada murid oleh Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda