Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pasukan Ragbi Wanita Menghiasi Kejohanan Ragbi 10 Tertutup Negeri Pahang

By 24 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Syafiq Irman Ali/Muhd Aliff Iman Muhd Zaim (Bentong)

BENTONG, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Aksi lincah pemain ragbi wanita menarik perhatian dan menghiasi Kejohanan Ragbi 10 Tertutup Negeri Pahang di Padang Awam Daerah, di sini semalam.

Juara pasukan wanita.

Sebanyak empat Pasukan Wanita dan 24 Pasukan Lelaki menyertai kejohanan yang menyaksikan Bentong sebagai tuan rumah kejohanan.

Pasukan Cherak Rugby Club yang mempamerkan kecmerlangan dan semangat kesukanan yang tinggi telah menjuarai kategori Pasukan Wanita.

Salah seorang peserta daripada pasukan ragbi wanita Sedama Loin, Nur Hidayah Nazirah, 17, mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur kerana memberi peluang kepada pasukan wanita untuk beraksi dalam kejohanan ini.

Ragbi kini menjadi sukan yang diminati dan diceburi kaum wanita.

“Saya berharap kejohanan ini akan diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Aktif.

Antara agensi kerajaan dan swasta yang turut memberi kerjasama dalam kejohanan ini adalah Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, Majlis Perbandaran Bentong, Jabatan Kerja Raya Bentong, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pejabat Penerangan Daerah Bentong, Angkatan Pertahanan Awam Bentong, Lemong Tokki dan Klinik Hijraa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda