Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pejabat Pendidikan Daerah Kapit Dukung Penuh Sinergi JAPEN Di Sekolah

By 26 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Daniel Jong / Budin Gumbang (Sarawak)

KAPIT, 26 Februari (MalaysiaAktif) – Penglibatan pihak luar seperti agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan kemenjadian murid merupakan elemen penting bagi memastikan pelajar sekolah mempunyai nilai sahsiah yang baik dan mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

Pegawai Pendidikan Daerah Kapit, Gani Egit, 54, berkata selain daripada dukungan ibu bapa dan komuniti setempat, kehadiran agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) merupakan satu nilai tambah kepada pihak sekolah kerana para pelajar dapat memperluaskan cakupan ilmu melalui aktiviti yang dianjurkan oleh JAPEN melalui Kelab Malaysiaku.

‘’Saya sendiri amat tertarik dengan beberapa pengisian Kelab Malaysiaku kerana ia sarat dengan pelbagai aktiviti seperti bengkel pengacaraan majlis, program bersifat patriotik serta pendedahan kepada dasar dan inisiatif yang dibawa oleh kerajaan semasa.

Mohd Said sedang menandatangani buku pelawat di sini semalam.

‘’Jadi, saya amat mendukung penuh aktiviti JAPEN dan Kelab Malaysiaku kerana kemenjadian murid itu bukan hanya terhad kepada kecemerlangan akademik namun kemampuan mereka untuk memahami tentang perkara yang di luar formaliti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas,’’ katanya semasa menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Penerangan Daerah Kapit, Mohd Said Kalihing di Wisma Persekutuan Kapit semalam.

Dalam pada itu, Gani juga berharap sekolah-sekolah lain untuk memberikan komitmen penuh kepada JAPEN bagi memastikan kehadiran jabatan itu memberikan impak positif kepada kemajuan murid dan sekolah khususnya di kawasan Kapit.

-RJ-

Tinggalkan komen anda