Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pelajar Seronok Belajar Canva di NADI

By 17 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Halimah Abd Ghan/Nadi Batu Lanchang (Timur Laut)

JELUTONG, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 20 pelajar sekolah sekitar Batu Lanchang berpeluang menimba ilmu reka bentuk grafik menerusi Kursus Asas Canva yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Batu Lanchang dengan kerjasama MPKK Sungai Gelugor serta Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Antara peserta yang hadir Kursus Asas Canva kelolaan NADI Batu Lanchang.

Menurut Penolong Pengurus NADI Batu Lanchang Nur Tsaqifah Ibrahim, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan asas aplikasi Canva selain mengasah kreativiti mereka dalam menghasilkan reka bentuk grafik.

“Peserta bukan sahaja diberi bimbingan oleh petugas NADI, malah mereka turut berpeluang meneroka kemahiran sendiri dengan mencipta poster bertemakan Back to School,” katanya kepada wartawan Malaysia Aktif, di sini kelmarin.

Kursus Asas Canva dikendalikan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Bagi Nur Nadiyatul Husna, 16, pengalaman menyertai kursus ini amat bermakna kerana bukan sahaja mendapat ilmu baharu tetapi juga menikmati suasana pembelajaran yang selesa serta kemudahan lengkap disediakan pihak NADI.

“Seronok sangat belajar Canva, lepas ini saya nak sertai lebih banyak program anjuran NADI,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda