Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pelajar Tunggal Tahun Satu SK Belimbing

By 25 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)/SK Belimbing Pekan

PEKAN, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Seorang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing yang memulakan sesi persekolahan 2025/2026 baharu-baharu ini merupakan satu-satunya pelajar Tahun Satu yang mendaftar di sekolah tersebut.

Guru Besar Ahmad Zuhairi (bersongkok) bersama beberapa orang guru memerhatikan Muhammad Afiq membaca.

Muhammad Afiq Anaqi Anuar, 7, dari Kampung Belimbing merupakan pelajar pertama yang mendaftar secara tunggal di tahun 2025 merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

“Saya seronok ke sekolah dan telah biasa sebab saya di sini sejak prasekolah lagi,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif, di sini semalam.

Menurut Guru Besar SK Belimbing Ahmad Zuhairi Ab Rahman, perkara ini tidak menjadi masalah kepada pihak sekolah kerana walaupun dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) para guru di bawah seliaannya tetap memberikan yang terbaik buat anak-anak didik mereka.

Berkongsi kelas bersama murid yang lebih dewasa.

“Kami tidak biarkan dia keseorangan, kami gabungkan dia dalam sesi pembelajaran bersama murid-murid lain Tahun Dua dan Tahun Tiga.

“Dalam aktiviti luar seperti bersukan pun begitu juga, mereka akan menjalani aktiviti bersama,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda