
Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki
TAMPIN, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Kakitangan kerajaan digalakkan agar mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Saya berharap agar setiap penjawat awam di daerah ini dapat mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan serta menjaga perpaduan dan silaturahim antara kita melalui program seperti ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh Suhaimizan Bizar.

Pertandingan Sepak Takraw antara Jabatan.
Suhaimizan berkata demikian di Karnival Sukan Antara Jabatan sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke-77 Peringkat Daerah Tampin, di sini semalam.
“Saya kagum melihat sambutan yang diberikan oleh setiap jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini dalam menyertai setiap acara yang diadakan,” katanya.
Karnival yang diadakan di Kompleks Arena Tampin ini disertai seramai 150 peserta daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Tampin dan beberapa agensi kerajaan daerah ini.

ADUN Gemencheh bersama pemenang.
Pelbagai acara sukan dipertandingan seperti bola tampar, sepak takraw, congkak dan petanque.
-ZS-