Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Perayaan Kebudayaan Rapatkan Perpaduan dan Keharmonian

By 18 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Herman Hamid

KUALA LUMPUR , 18 Feb (MalaysiaAktif) – Masyarakat Cina di Parlimen Batu telah menyambut Tahun Baharu Cina dalam suasana meriah dan penuh makna menandakan permulaan Tahun Ular, kelmarin.

P.Prabakaran menyampaikan sumbangan “angpow” kepada tetamu cilik

Tahun ular ditafsirkan membawa kegembiraan, tenaga positif dan kemakmuran yang berpanjangan. Tambahan pula, ia merupakan perayaan kebudayaan yang merapatkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia dan bukan bersifat keagamaan.

“Inilah nilai Malaysia Madani yang diterapkan oleh YAB Perdana Menteri demi keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia,” ujar P. Prabakaran Ahli Parlimen Batu yang hadir bagi merasmikan Program Sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Mastiara Jalan Ipoh Kuala Lumpur, kelmarin.

Paluan Gendang sebagai gimik perasmian Program Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Batu

Di samping itu, Prabakran turut menyatakan bahawa golongan asnaf dan kurang berkemampuan yang bermastautin di Parlimen Batu boleh hadir ke pejabat Ahli Parlimen Batu bagi menyelesaikan isu setempat seperti permohonan bantuan daripada pihak kerajaan, lesen perniagaan dari pihak DBKL, bantuan modal dan logistik bagi memulakan perniagaan akan di berikan bantuan yang sewajarnya.

Lebih meriahnya, seramai 500 orang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan telah menerima wang tunai angpow sebagai sumbangan Tahun Baharu Cina 2025 dimana ia dapat memberikan manfaat kepada mereka.

Mandy Lim, 27, berkata program seperti ini amat bagus kepada komuniti setempat kerana dapat mengumpulkan masyarakat berbilang bangsa di samping dapat mewujudkan kerjasama erat daripada agensi kerajaan dan agensi swasta dalam merealisasikan objektif program Sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Low Mei San, 30, berkata program sambutan Tahun Baharu Cina ini merupakan program pemangkin semangat perpaduan yang holistik di mana ia merapatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan ianya harus diperbesarkan lagi di masa akan datang agar dapat memberikan impak positif yang berterusan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri l, Chan Ming Kai dan pelbagai acara seperti tarian singa akrobatik, permainan alat muzik tradisional, tarian kebudayaan serta acara tradisi menggaul ‘Yee Sang’ diraikan sebagai simbol kepada kemewahan, kemakmuran dan kesuburan bagi masyarakat Tionghua.

-AA-

Tinggalkan komen anda