Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Perdana Menteri Salur Bantuan Ihya Ramadan di Indera Mahkota

By 26 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/PMO

KUANTAN, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Anwar Ibrahim menyumbang sebanyak RM196,000.00 kepada 44 buah masjid dan surau di bawah Parlimen Indera Mahkota.

Ahmad Farhan (kanan) menyampaikan sumbanhan kepada Imam Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, di sini, semalam.

Menurut salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Beserah Ahmad Roslan, sumbangan ini amat bermakna bagi mereka terutama menjelang Ramadan yang bakal tiba.

Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekrima Said Sabri menyampaikan (tengah) menyampaikan ceramah khas

“Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia atas sumbangan ini, dengan ada sumbangan sempena bulan Ramadan tidak lama lagi dapatlah juga pihak kami mengatur program mengimarahkan masjid,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif.

Sementara itu, Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekrima Said Sabri turut didatangkan khas sempena majlis berkenaan dan menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib.

-AA-

Tinggalkan komen anda