Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pertandingan Arca Jerami Gergasi Sempena PAT Perlis 2025

By 20 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

ARAU, 20 Feb (MalaysiaAktif) – Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC ) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Perlis serta Persatuan Pelukis Negeri Perlis akan menganjurkan pertandingan Arca Jerami Gergasi bertempat di tapak Pesta Angin Timur Perlis (PAT) 2025, Kampung Lat Seribu, Simpang Empat, di sini bermula esok (Jumaat) hingga Ahad ini.

Pengerusi Persatuan Pelukis Negeri Perlis Yaakob Abd Aziz (kanan) memberi sedikit penerangan kepada peserta pertandingan Arca Jerami Gergasi bertempat di tapak Pesta Angin Timur Perlis 2025.

Menurut Pengerusi Persatuan Pelukis Negeri Perlis,Yaakob Abd Aziz, penganjuran acara jerami gergasi ini julang kali diadakan sempena Pesta Angin Timur Perlis pada tahun ini.

“Pada beberapa penganjuran PAT sebelum ini, pihak kami (urusetia) telah menganjurkan anjurkan pertandingan membina dangau untuk komuniti kampung.

“Tetapi untuk mencuba satu kelainan atau daya penarik pada PAT kali ini, konsep membina arca daripada jerami telah dipilih dengan tema ‘Harmoni, Alam dan Manusia dalam Arca Jerami’ telah ditetapkan,” katanya.

Menurut Yaakob lagi,  sambutan untuk pertandingan ini sangat mengalakkan apabila pihak urusetia telah menerima seramai tujuh penyertaan antaranya dari Selangor, Negeri Sembilan dan juga tuan rumah Perlis.

“Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 bakal dimenangi oleh pemenang pertama, RM8,000 bagi tempat kedua, RM5,000 untuk tempat ketiga serta RM1,000 untuk saguhati,” jelasnya.

Antara binaan arca yang dibina daripada jerami padi.

Bagi seorang perserta Mohd Jamil bin Mohd Yusoff, 37, dari Perlis yang membina arca yang diberi nama ‘Arca Hati’, memaklumkan bahawa beliau dibantu oleh isteri, ibu mertua dan adik mengubah arca ini sedikit demi sedikit sejak empat hari lepas.

“Jerami padi ini dibekalkan oleh pihak urusetia dan kami bertungkus lumus, siang dan malam untuk menyiapakannya sebelum pesta yang akan bermula Jumaat ini,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda