Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pertandingan Dam Haji Meriahkan Program Jiwa@Komuniti MADANI di Dungun

By 23 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin, Dungun

DUNGUN, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa)@Komuniti MADANI Sembang Santai AMBS yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Dungun melalui Pertandingan Dam Haji telah mencuri perhatian komuniti setempat dengan penyertaan yang amat meriah, di sini kelmarin.

Wan Mohd Rosli ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Menurut Ketua Komuniti MADANI AMBS Wan Mohd Rosli Wan Ngah, permainan tradisional ini masih kekal menjadi kegemaran dalam kalangan masyarakat kampung.

“Alhamdulillah, pertandingan ini mendapat sambutan luar biasa dan saya percaya ia berperanan penting dalam merapatkan hubungan antara penduduk kampung AMBS dan kawasan sekitarnya,” ujarnya.

Peserta Latip Daud, 67, yang turut dinobatkan sebagai johan pertandingan, berkata permainan dam haji bukan sekadar menguji strategi dan kebijaksanaan tetapi juga berfungsi sebagai satu aktiviti yang mempererat hubungan komuniti setempat.

Johan pertandingan Latip Daud (kanan sekali) ketika menerima hadiah.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Daerah Dungun Aneta Ahmad yang juga memuji usaha program ini dalam memberi ruang kepada penduduk kampung untuk menunjukkan bakat terpendam mereka.

Aneta turut memberikan taklimat mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad kepada peserta yang hadir.

Program turut dihadiri Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Prihatin Negeri Terengganu (PEKA) Armila Alias yang menyokong inisiatif ini dalam memperkukuh ikatan komuniti di kawasan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda