Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Peruntukan RM 2.5 Juta Infrastruktur Awam Kampung Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara Malaysia Melegakan Penduduk Kampung Rangkaian

By 17 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) semalam, telah menyerahkan insfrastruktur awam melalui Kampung Angkat MADANI kepada kerajaan Negeri Kedah yang diwakili oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr. Nadzman Mustafa di Masjid At-Tahir, Kampung Sungai Gelam, Mukim Bujang.

Peguam Negara Malaysia, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar menandatangani plak penyerahan dengan disaksikan oleh Datuk Dr. Nadzman Mustafa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan)

Peguam Negara Malaysia Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, berkata pelbagai projek telah dilaksanakan di kampung ini seperti penurapan jalan kampung sepanjang lima kilometer, pemasangan 60 unit lampu solar di rangkaian Kampung Jilid 8, Kampung Sungai Gelam dan Kampung Che Lela, menaik taraf pagar perkuburan Masjid At Tahir, peralatan pembelajaran perpustakaan dan kelas pendidikan KAFA, pembinaan jeti nelayan, menaik taraf padang bola sepak, penyediaan lima pusat pengumpulan sampah dan pembaikan sistem pembentungan serta menaik taraf titi laluan antara kampung bernilai RM 2.5 Juta secara keseluruhannya.

Lawatan ke jeti nelayan yang juga merupakan projek di bawah Kampung Angkat MADANI, Jabatan Peguam Negara

Menurut beliau lagi, pemilihan Kampung Jilid 8, Kampung Sungai Gelam dan rangkaiannya sebagai Kampung Angkat MADANI adalah berdasarkan keperluan kampung tersebut untuk dinaik taraf demi merapatkan jurang antara kampung dan bandar selain dari AGC sendiri percaya sekiranya kemudahan asas kampung ini dipertingkatkan, maka ia akan membangunkan sosioekonomi, menaikkan taraf kehidupan, memberi peluang kepada setiap individu untuk berkembang dan masyarakat dapat mengecapi kemakmuran yang berterusan.

Pengerusi Majlis Keselamatan Ketua Kampung (MKKK), Haji Mukhtar Haji Mustafa, 69, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak AGC kerana memilih kampung ini dan rangkaiannya untuk di bangunkan dan infrasrtuktur ini akan di manfaatkan sebaik-baiknya oleh penduduk kampung.

“Pemilihan kampung dengan peruntukan yang besar ini sangat bertepatan dengan keperluan memandangkan kampung ini agak terpinggir dari pembangunan dan berharap agar kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang,” ujarnya mengakhiri perbualan.

-AA-

Tinggalkan komen anda