Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

PETRONAS dan PETROS Rakan Bagi Menjamin Kepentingan Rakyat

By 18 Februari 2025Februari 28th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ Foto: Izawati Eni / Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 18 Feb (MalaysiaAktif) – PETRONAS dan PETROS akan bergerak sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta Sarawak, selain semua rundingan terperinci berikutnya bakal mengekalkan manfaat dan kepentingan bersama mengikut prinsip komersial secara telus,” kata Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi penerangan mengenai aktiviti petroleum di Sarawak di Dewan Rakyat semalam.

Teruna menyahut baik terhadap usaha kerjasama Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

Hasil tinjauan wartawan Malaysia Aktif hari ini, ramai memberi reaksi positif terhadap kerjasama antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

Teruna Mermiadi, 55, kontraktor berpendapat bahawa perkara ini tidak perlu dijadikan isu untuk kepentingan peribadi kerana Sarawak dan Kerajaan Persekutuan sama-sama mendapat manfaat.

Seperti kita tahu, PETRONAS merupakan syarikat minyak dan gas nasional Malaysia yang diberikan hak eksklusif untuk meneroka, mengurus dan mengawal selia industri minyak dan gas negara berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974).

Maisah berpendapat usaha kerjasama Petronas dan Petros memberikan manfaat untuk kedua-dua pihak.

Jadi perundingan secara harmoni, tanpa mengorbankan hak negeri atau kepentingan nasional, mencerminkan kesedaran bahawa kejayaan industri minyak dan gas bukan sekadar soal pemilikan, tetapi juga keberkesanan pengurusan, kemampanan ekonomi, dan kesejahteraan rakyat.

Menurut Maisah Rabiyan,50, kontraktor, berkaitan isu ini, persetujuan antara Sarawak dan PETRONAS menunjukkan kompromi yang membolehkan Sarawak mempunyai lebih banyak kawalan tanpa sepenuhnya menggugat kedudukan PETRONAS. Senang cerita, win win situation.

-RJ-

Tinggalkan komen anda