Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

PPDK Pusat Terapi Anak-Anak Kurang Upaya

By 26 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / Foto : Sophia Aren Erik (Sarawak)

TATAU, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Sinaran Kasih Tatau merupakan tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak-anak kurang upaya supaya menjalani terapi pemulihan.

PDK Sinaran Kasih Tatau mula ditubuhkan pada 9 Jun 2015 dan bertempat di Pekan Lama Tatau.

Regina (kanan) memberikan pengenalan kepada Sophia (kiri)tentang PDK Sinaran Kasih Tatau.

Pusat pemulihan ini memainkan peranan penting kepada anak-anak kurang upaya untuk pulih daripada ketidakupayaan mereka.

‘Down Syndrome’, ‘speech delay’, ‘slow learner’, pendengaran, fizikal, autisme dan cacat anggota adalah jenis-jenis ketidakupayaan yang diterima di PDK Sinaran Kasih Tatau.

Menurut penyelia PDK Sinaran Kasih Tatau, Regina Christopher, 50, menjadi petugas kepada anak-anak istimewa bukanlah tugasan yang mudah.

“Banyak cabaran yang perlu dihadapi dan adalah penting kesabaran yang tinggi dalam diri sebagai petugas PDK dan walaupun kerja kami agak mencabar tetapi kami berasa amat gembira apabila anak-anak istimewa ini pulih.

“Seorang budak yang terlantar sakit sehingga tidak boleh berjalan pernah menjalani terapi di sini dan selepas tempoh enam bulan menjalani terapi di sini budak tersebut pulih dan boleh berjalan,” katanya semalam.

Pemeriksaan Gigi Secara Percuma antara khidmat yang ditawarkan kepada anak-anak kurang upaya di PDK Sinaran Kasih Tatau. (Gambar ihsan PDK Sinaran Kasih Tatau)

Tambahnya ia membuktikan bahawa terapi yang kami buat berkesan dan berjaya memulihkan anak-anak istimewa.

Petugas-petugas PDK Sinaran Kasih Tatau berharap agar ibu bapa mempunyai kesedaran akan peranan pusat ini untuk memulihkan anak-anak mereka yang kurang upaya melalui terapi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda