Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai Perkukuh Perpaduan Masyarakat Tawau

By 25 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Tawau)

TAWAU, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai anjuran Jabatan Penerangan Daerah Tawau mendapat sambutan yang sangat positif daripada masyarakat setempat.

Program ini bertujuan untuk memperkasakan komuniti dengan menyebarkan maklumat yang sahih, telus, bermanfaat serta mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.

Mujahid mewakili Pengarah Penerangan Sabah menyampaikan ucapan aluan pada program tersebut.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah Datuk Rina Jainal, menekankan peranan penting Komuniti MADANI dalam menangani isu semasa serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai ini adalah satu inisiatif penting dalam memperkasakan komuniti, terutamanya dalam menangani isu-isu semasa seperti kos sara hidup, sekuriti makanan dan ketidaktentuan ekonomi global.

“Ini adalah peluang bagi kerajaan untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan memberikan maklumat yang tepat serta relevan,” katanya ketika merasmikan program tersebut, di sini pada Ahad.

Rina juga menggalakkan masyarakat agar lebih aktif menyertai dalam program-program yang memberi manfaat kepada pembangunan komuniti, sekali gus memperkukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama antara masyarakat setempat.

Azuary (empat dari kiri) turut mengedarkan bahan penerbitan kepada peserta program Jiwa@Komuniti Madani Sembang Santai.

“Melalui platform ini, kita dapat mendekatkan kerajaan dengan rakyat dan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan komuniti. Semoga dengan adanya program ini, kita dapat terus memupuk semangat Malaysia MADANI dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar program-program seumpama ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat supaya lebih berdaya saing dan berinformasi dalam menghadapi cabaran kehidupan masa kini.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk sembang santai, ceramah, edaran bahan penerbitan dan cabutan bertuah serta taklimat ringkas daripada pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

-RJ-

Tinggalkan komen anda