
Laporan/foto: Mohd Radzi Yusof (Kuala Krai)
KUALA KRAI, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) sentiasa menerima sambutan menggalakkan terutama penduduk kampung dan peluang ini dimanfaatkan sebaiknya untuk mereka membeli barangan keperluan asas pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.

Pengunjung sedang memilih barangan yang dijual
Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kuala Pertang ini diadakan untuk membantu meringankan beban penduduk, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Pengunjung membuat bayaran di salah satu kaunter bayaran
Pengerusi (JPKKP) Kuala Pertang, Adnan Mat Yassin, 64, berkata inisiatif seperti PJRM amat penting dalam membantu masyarakat luar bandar menangani peningkatan kos sara hidup.
“Saya berharap PJRM dapat diteruskan setiap minggu dan diperluaskan ke seluruh daerah di Kuala Krai agar lebih ramai penduduk dapat menikmati manfaatnya.
“Usaha kerajaan ini membuktikan keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan pelaksanaan program secara berkala dan konsisten untuk membantu penduduk luar bandar dalam mengurus kewangan keluarga dengan lebih baik.
Program seperti PJRM ini diharapkan dapat terus menjadi platform utama dalam meringankan beban rakyat dan memastikan keperluan asas lebih mudah diakses pada harga berpatutan.
-AA-