
Laporan/Foto: Siti Rahimah Ajis @ Abdul Ajis (Sarawak)
JULAU, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Slot Khas Komuniti X Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah memberi pendedahan kepada komuniti mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta peranannya dalam kehidupan seharian.

Antara peserta lain yang fokus mempelajari ilmu yang telah dibantu oleh Susan May.
Taklimat program tersebut telah disampaikan oleh Shofia Meni, 34, Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Nanga Meluan telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas ICT serta kepentingan teknologi dalam kehidupan moden, termasuk bagaimana teknologi dapat membantu dalam pelbagai aspek kehidupan serta kepentingan keselamatan dan etika dalam penggunaan ICT.
Antara peserta yang hadir semasa program tersebut ialah dari Komuniti MADANI Nanga Bilat, Komuniti MADANI Nanga Kelangas dan Komuniti MADANI Sungai Lasi.

Genta Sabut (baju merah jambu) turut tekun menaip di komputer seperti yang telah diajar oleh Shofia
Menurut salah seorang peserta, Genta Sabut, 64, dari Komuniti MADANI Nanga Bilat berkata program tersebut sangat membantu terutamanya bagi orang yang berusia seperti beliau yang tidak berpeluang untuk mengenali ICT.
“Program ini memberi peluang kepada orang seperti saya untuk belajar menggunakan teknologi dengan lebih baik,” katanya.
Rata-rata peserta berharap program seperti ini dapat diteruskan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai komuniti luar bandar.
-RJ-