Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Projek Sewaan Kanopi SejaTi MADANI Bantu Komuniti Setempat

By 28 Februari 2025Mac 3rd, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Amirul Faisal Rastan

GUA MUSANG, 28 Feb (MalaysiaAktif) – Projek sewaan kanopi di bawah inisiatif SejaTi MADANI diperkenalkan sebagai usaha menyediakan perkhidmatan sewaan kanopi bagi pelbagai majlis dan acara, sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi komuniti setempat.

Majlis menandatangani plak sebagai gimik perasmian

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Chiku, Noraini Mat Rashid, 42, projek ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menjana pendapatan melalui penyediaan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat.

Noraini turut bersama dalam acara memotong pulut kuning sebagai gimik majlis perasmian

“Perkhidmatan sewaan kanopi yang kami tawarkan adalah pada harga berpatutan dan setakat ini kami menerima banyak tempahan terutamanya di kawasan Mukim Chiku,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Tuan Haji Syahbuddin Hashim, menekankan bahawa projek ini adalah hak milik komuniti setempat dan perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

“Projek sewaan kanopi ini merupakan salah satu bantuan kerajaan menerusi inisiatif SejaTi MADANI.

“Bantuan yang disalurkan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kesejahteraan komuniti dan masyarakat setempat,” ujarnya ketika merasmikan Projek Sewaan Kanopi di Felda Chiku 3, semalam.

Selain itu, ADUN Galas turut menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan kepada Masjid Felda Chiku 1 dan Felda Chiku 5 sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan untuk penduduk setempat.

-AA-

Tinggalkan komen anda