Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PUO Hargai Kerjasama Media

By 26 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Politeknik Ungku Omar (PUO) mengumumkan peningkatan sebanyak 1,890 peratus liputan media pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya dalam Majlis Apresiasi Pengamal Media Negeri Perak di PUO Kampus Cawangan Bercham, di sini kelmarin.

Khairudin Abu Hanipah (kanan) sedang menikmati persembahan pembukaan oleh PUO.

Menurut Pengarah PUO Dr. Shamsuri Abdullah, dari segi News Value atau Return Of Investment (ROI) liputan media PUO menunjukkan pertumbuhan yang ketara bagi tahun 2024 iaitu sebanyak 326 liputan bersamaan dengan RM 1.873 juta.

“Angka-angka ini mencerminkan impak besar liputan media dalam memperkukuhkan jenama PUO sebagai institusi TVET yang unggul.

“Memberi penghargaan kepada pengamal media negeri Perak adalah salah satu Taskforce Penjenamaan PUO kerana anda memainkan peranan penting dalam menonjolkan kejayaan pencapaian akademik, inovasi, kokurikulum serta Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) warga PUO,” ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak Khairudin Abu Hanipah, mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan PUO yang mengambil satu langkah proaktif untuk megadakan majlis ini.

Pengarah PUO Dr. Shamsuri Abdullah menyampaikan hadiah serta sijil bagi Anugerah Khas Liputan Media Tertinggi Kategori Media Baharu kepada Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak Yosri Abu Mahsin.

Tambah beliau lagi, julung-julung kali program seperti ini disusun untuk menghargai dan juga mengiktiraf peranan media dalam meyalurkan informasi jelas dan betul kepada masyarakat mengenai aktiviti serta kejayaan PUO yang semestinya sinonim dengan kerjaan negeri Perak.

“PUO bersama-sama kerajaan negeri sedang menuju dalam merealisasikan Koridor TVET menerusi pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang telah menjangkau tahun ketiga pada tahun ini,” katanya ketika ditemu ramah.

Sementara itu, Malaysia Aktif telah menerima Tempat Ketiga Anugerah Khas Liputan Media Tertinggi Kategori Media Baharu dengan membawa pulang hadiah jam tangan, sijil penghargaan dan sijil pencapaian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda