
Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol)
JEMPOL, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Sebanyak 400 kilogram minyak masak terpakai serta pelbagai barangan dijual oleh peneroka di Felda Palong, di sini kelmarin.

Penduduk bergambar bersama kepimpinan setempat.
Pusat kitar semula pandu lalu ini adalah satu-satunya di DUN palong bertujuan menambah pendapatan dan memudahkan masyarakat setempat untuk mendapatkan keuntungan daripada menjual barang-barang terpakai.
Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Mazli Jahuri, pusat kitar semula pandu lalu ini merupakan satu langkah positif dalam usaha memelihara alam sekitar dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pengurusan sisa yang bertanggunjawab.

Orang ramai menjual barangan terpakai semasa perasmian.
“Program seperti ini bukan hanya tentang kitar semula barang buangan tetapi tentang pendidikan untuk lebih menyayangi bumi kita,” katanya.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Palong.
-ZS-