
Laporan/foto: Ezzaty Razimi
PORT DICKSON, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Rakyat di sekitar bandar Port Dickson diminta untuk memanfaatkan kemudahan Pusat Pandu Lalu KITARecycle di Jalan Mahajaya yang dibina bagi membantu dan memudahkan mereka menghantar barangan kitar semula sekali gus memupuk kesedaran awam tentang kepentingan amalan tersebut.

Veerapan ketika menyampaikan ucapan perasmiaan Pusat Pandu Lalu KITARecycle Port Dickson.
“Pusat Pandu Lalu KITARecycle di Port Dickson ini bukan sahaja simbol keprihatinan terhadap alam sekitar tetapi juga bukti kemampuan kita mengadaptasi teknologi dan inovasi dalam memperkasakan pengurusan sisa kitar semula,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Veerapan Superamaniam dalam ucapan perasmian pusat pandu lalu itu, di sini pagi tadi.
KITARecycle adalah program penghargaan kitar semula secara eksklusif untuk pengguna yang tinggal di kawasan pengumpulan SWM Environment di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Sebanyak 2.5 tan bahan kitar semula berjaya dikumpulkan di Pusat Pandu Lalu KITARecycle Port Dickson (PPLK) ini yang mula beroperasi sejak Disember lepas yang secara tidak langsung membuktikan kesedaran orang awam semakin meningkat mengenai kepentingan pengurusan sisa mampan.

Veerapan bersama
Dr. Rajasekaran dan Nurhazelin Makli bersama-sama membuat demostrasi cara menggunakan Pusat Pandu Lalu KITARecycle.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung Dr. Rajasekaran Gunnasekaran dan Pegawai Daerah Port Dickson Nurhazelin Makli.
-ZS-