
Laporan/foto: Marshita/Muizzudin (Kerian)
BAGAN SERAI, 22 Feb (MalaysiaAktif) – Majlis Peluncuran SejaTi MADANI dan Kenduri Rakyat Peringkat Mukim Bagan Serai telah diadakan di perkarangan Kuarters Penghulu, Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, di sini kelmarin.

Sesi demo pertunjukan dron untuk aktiviti menabur racun dan benih.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Penghulu Mukim Bagan Serai dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Mukim Bagan Serai ini bertujuan menghimpunkan semua JPKK dan Persatuan Penduduk di Mukim Bagan Serai yang telah diluluskan projek SejaTi MADANI di samping mengetengahkan dan mempromosikan pelaksanaan projek.
Sebanyak 23 projek SejaTi MADANI telah diluluskan yang meliputi 21 projek oleh JPKK manakala dua projek lagi oleh Persatuan Penduduk.
Menurut Pengerusi JPKK Air Hitam Muhamad Iskandar Che Sahar, menerusi pelaksanaan tersebut, ia dapat membantu penduduk setempat dengan pulangan hasil keuntungan yang memberangsangkan.

Majlis Peluncuran SejaTi MADANI Peringkat Bagan Serai yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah.
“Projek SejaTi MADANI ini dapat membantu menambah pendapatan penduduk setempat kerana hasil keuntungan yang diperolehi dapat disalurkan kepada masyarakat setempat,” katanya.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kerian Saidi Shaari yang turut menyaksikan pertunjukkan demonstrasi jentera dron, hasil kejayaan salah projek SejaTi MADANI penduduk setempat.
-ZS-