Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Sesi libat Urus Komuniti MADANI Saeh Merah Bersama NADI Diteruskan Walaupun Banjir

By 20 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Kesai Andi (Sarawak)

NIAH, 20 Feb (MalaysiaAktif) – Musibah banjir yang telah melanda kawasan Niah pada baru-baru ini tidak menjadi halangan dan mematahkan semangat ahli Komuniti MADANI Saeh Merah untuk datang dan menghadiri Sesi Libat Urus Komuniti MADANI Saeh Merah bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Niah yang julung kali diadakan.

Betty (tiga kiri) mendengar penjelasan daripada PPD Niah, Kesai Andi di sini semalam.

Salah seorang AJK Komuniti MADANI Saeh Merah, Betty Bunya, 46, berkata program tersebut sangat bermanfaat dan dan berharap program seumpama itu dapat di teruskan pada masa akan datang.

Edham menjelaskan bahawa NADI akan memberikan khidmat terbaik kepada penduduk di kawasan sekitar Niah dan Suai.

Sementara itu, Penolong Pengurus NADI Niah Suai, Edham Bugal, 36, berkata NADI Niah Suai akan sentiasa membantu dan memberikan khidmat terbaik kepada orang awam di kawasan sekitar Niah dan Suai.

“Bagi orang awam dan ahli-ahli Komuniti MADANI berminat dalam penggunaan komputer untuk pelbagai tujuan, mereka di galakan untuk datang sendiri dan mendaftar sebagai ahli NADI,” katanya semalam.

Katanya lagi, pihak NADI juga menyediakan pelbagai Kursus,Bengkel dan Latihan untuk masyarakat sekiatar kawasan Niah suai yang berminat.

Dalam program tersebut, ahli Komuniti MADANI Saeh Merah telah berpeluang belajar menggunakan kemudahan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang amat berguna dalam meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi  mereka.

-RJ-

Tinggalkan komen anda