
Laporan/Foto: Shahfiq Aqmal / Izwan Nazahar (Sarawak)
DALAT, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Slot Khas Komuniti MADANI X NADI bersama dengan Komuniti MADANI Uyak bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Kuala Hilir Oya mendapat sambutan Komuniti MADANI Uyak.

Komuniti MADANI Uyak yang hadir di sini semalam.
Taklimat program tersebut telah disampaikan oleh Pengurus NADI Kampung Kuala Hilir Oya, Siti Aisyah, 30, turut disertakan dengan pelbagai program diadakan di NADI seperti NADI eKelas, NADI Mahir, NADI eSport dan pelbagai lagi yang sememangnya memberi banyak manfaat kepada Komuniti yang mengikuti program tersebut.
“NADI eSport bukanlah semata-mata hanya bermain permainan secara atas talian tetapi penerapan pembelajaran juga diberikan bersama semasa mengikuti NADI eSport tersebut” kata Siti semalam.
Semasa program tersebut juga, beliau mengajar cara membuat Google Form yang banyak diguna pakai untuk memberi maklum balas dan kegunaan emel secara amnya.

Siti menyampaikan taklimat mengenai program yang ada di NADI & pengenalan email.
Selain itu, mesyuarat pertama Komuniti MADANI juga turut diadakan bagi membincangkan program yang akan diadakan.
Dua Komuniti MADANI yang lain iaitu Komuniti MADANI Rumbia dan Komuniti MADANI Dalat juga akan diberikan Slot Khas Komuniti MADANI X NADI di NADI Pekan Dalat dan NADI Kampung Medong Hilir nanti.
-RJ-