Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Song Sambut Baik Program Komuniti MADANI X NADI

By 26 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Joseph Laga/Matteus Filex (Sarawak)

SONG (KAPIT), 26 Feb (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Kebiau Takan telah menyambut baik program baharu Jabatan Penerangan Malaysia iaitu program Komuniti MADANI X Pusat sebaran maklumat Nasional (Nadi) yang telah diadakan di NADI Song yang melibatkan ahli-ahlinya.

Ketua Komuniti MADANI Pekan Song, Edward Minggu, 67, menyifatkan aktiviti secara kerjasama antara komuniti MADANI dan NADI itu berupaya menjadi platform kepada ahli-ahlinya untuk turut menyertai pelbagai program yang dianjurkan disamping dapat mengenali NADI dengan lebih dekat.

Sesi perbincangan Edward (tiga kiri) bersama Joseph (empat kiri) dan kakitangan Penerangan Daerah Song.

“Program ini cukup baik untuk mendedahkan ahli-ahli kami dengan maklumat terkini dan juga Perkhidmatan Pintar NADI yang pastinya nanti memberi banyak manfaat,” ujarnya semalam.

Pengurus Nadi, Daisy Unggang, 41, turut yang turut memberi taklimat kepada semua ahli komuniti MADANI berkata bahawa NADI dapat membantu mereka dalam memasarkan maklumat kepada orang ramai di samping sebagai platform komuniti setempat memasarkan hasil produk jualan seperti kraftangan, anyaman dan sebagainya.

Sementara itu, bagi Pegawai Penerangan Daerah Song, Joseph Laga, 51, memaklumkan program tersebut adalah yang pertama kali diadakan untuk Komuniti MADANI Kebiau Takan dan akan diteruskan secara bergilir-gilir pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan antara tiga buah Komuniti MADANI yang terdapat dalam DUN Katibas.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda