Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

STEM Centre PSP Lonjak Pendidikan Sains dan Teknologi di Pulau Pinang

By 25 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Zanizal Zamani (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Hj Abdul Razak, merasmikan STEM Centre Politeknik Seberang Perai (PSP), sebuah inisiatif Yayasan Amal TYT Pulau Pinang dengan kerjasama PSP, di sini semalam.

Antara tetamu kehormat yang hadir ke Majlis Perasmian STEM Centre Politeknik Seberang Perai.

Penubuhan pusat ini mencerminkan keprihatinan Tun Ahmad Fuzi dalam memperkasa pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam kalangan pelajar di negeri ini.

Ia juga merupakan kesinambungan Program Mini Teater STEM Pulau Pinang yang dilancarkan pada 29 Oktober tahun lalu.

Menurut Pengarah PSP Roseliza Datuk Shaari, pusat ini seiring dengan aspirasi negara untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknologi.

“Dengan adanya STEM Centre ini, PSP berpotensi menjadi pusat rujukan utama dan pemangkin minat generasi muda terhadap STEM,” katanya.

Tetamu jemputan yang bersama-sama di Majlis Perasmian STEM Centre Politeknik Seberang Perai.

Pada majlis sama, Tun Ahmad Fuzi turut menyerahkan 105 papan pintar (smartboards) kepada sekolah-sekolah terpilih di bawah Program Peningkatan Pencapaian Pendidikan Melalui Penggunaan Teknologi.

Inisiatif ini melengkapkan wawasan beliau untuk memastikan setiap 396 sekolah di Pulau Pinang memiliki sekurang-kurangnya satu papan pintar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda