Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

TVET Membentuk Tenaga Kerja Mahir dan Kompetitif

By 25 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini

MARANG, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Program Jerayawara UP_TVET, Sesi Bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia Negeri Terengganu Tahun 2025 di Institut Latihan Perindustrian Marang (ILP), kelmarin, telah dihadiri oleh lebih 250 peserta yang terdiri daripada guru-guru bimbingan dan kaunseling dari seluruh negeri ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Pengurusan) Jabatan Pembangunan Kemahiran Ts. Abdul Halim Ab Rahman yang merasmikan program ini, menekankan kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam membentuk tenaga kerja yang mahir dan kompetitif.

Abdul Halim turut mengingatkan bahawa graduan TVET yang memiliki kemahiran khusus akan menjadi pilihan utama majikan dan berpeluang memperoleh gaji permulaan yang baik.

“Menjelang 2030, kerajaan menyasarkan 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor ekonomi masa hadapan dan 60 peratus lepasan SPM memilih aliran TVET.

“Salah satu inisiatif utama yang diketengahkan dalam program ini adalah portal UP_TVET yang dibangunkan untuk memudahkan proses permohonan kemasukan ke institusi TVET di bawah 12 Kementerian dan Agensi Swasta serta menyediakan saluran tunggal bagi mempermudah akses ke bidang TVET,” katanya.

Di akhir ucapan Abdul Halim berharap program ini dapat memperkukuh peranan sekolah dalam memupuk minat pelajar terhadap TVET dan memastikan guru bimbingan serta kaunseling lebih proaktif dalam memberi bimbingan untuk membantu pelajar merebut peluang yang ditawarkan oleh bidang TVET.

-ZS-

Tinggalkan komen anda