Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Usahawan Muda Sabah Cari Peluang Pasarkan Rendang Daging Segera di Sarawak

By 24 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Loseyeffer Moni / Abdul Hakeem Well (Sarawak)

KUCHING, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Borneo International Consumer EXPO (BICE) baru sahaja melabuhkan tirainya semalam.

Bermula 20 hingga 23 Februari bertempat di BCCK Kuching, BICE telah disertai pelbagai usahawan dari seluruh Borneo, termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia.
Pelbagai produk berbentuk kraftangan dan makanan telah mendapat sambutan yang amat baik semasa acara ini berlangsung.

Rendang daging Oma – segera dan mudah dijual dengan harga mampu milik RM28.90 sepaket.

Salah seorang peserta BICE ialah Effni Makhtar, 38 tahun, usahawan muda dari Kota Kinabalu, Sabah adalah antara yang turut menyertai acara ini dengan produknya Rendang Daging Oma segera.

Menurut Effni, produk beliau merupakan resipi daripada arwah neneknya dan dia merupakan generasi ketiga yang meneruskan penghasilan resipi tersebut.

Katanya, selain menjual daging rendang, beliau turut memiliki sebuah Restoran Nasi Lemak Rendang Oma di Kota Kinabalu, Sabah.

“Saya berharap rendang daging segera resipi dari Sabah ini akan terus mendapat sambutan daripada penduduk di Kuching.

“Saya juga mempunyai impian untuk membuka Cawangan restoran Nasi Lemak Rendang Oma di Sarawak,” katanya  yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kuching.

Tambahnya, beliau juga berharap agar pelanggan di Sarawak terutamanya penduduk Kuching memberi peluang untuk memasarkan daging rendang tersebut.

Pelanggan yang datang diberi peluang untuk mencuba daging rendang sebelum membeli.

“Bahan produk rendang ini adalah asli dari Sabah di mana daging sapi diambil khas dari Kota Belud dan ia adalah resipi turun temurun keluarga,” kata Effni lagi sambIl menyatakan harga sepaket adalah dijual dengan harga RM28.90.

Menurut Effni Makhtar juga, selain menyertai acara seperti BICE, beliau turut memasarkan produk rendangnya melalui laman sosial terutama Tik Tok.

-RJ-

Tinggalkan komen anda