Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Waktu Operasi Baharu Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Tanjong Malim

By 28 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz/Nazrin Fadar Rahman (Muallim)

TANJONG MALIM, 28 Feb (MalaysiaAktif) – Sesi Dialog Awam Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Tanjong Malim bersama masyarakat setempat anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Muallim telah berlangsung di Dewan Masjid Jamek Tanjong Malim, di sini semalam.

Panel jemputan memberikan jawapan kepada penduduk setempat.

Sesi dialog yang menampilkan panel jemputan, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr. Husna Maizura dan Pengarah Hospital Slim River Dr. Sivanandarajah Satgunam, bertujuan bagi menerangkan fungsi unit kecemasan yang beroperasi di Klinik Kesihatan Tanjong Malim.

Keputusan bagi menghadkan waktu operasi dengan keberadaan kakitangan di Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Tanjong Malim dari 24 jam ke waktu operasi baru iaitu 8.00 pagi hingga 5.00petang, setiap Isnin Hingga Jumaat kecuali cuti umum telah mendapat respon yang negatif daripada penduduk setempat.

Penduduk setempat memberikan soalan dan cadangan kepada panel jemputan.

“Langkah pengstrukturan semula waktu operasi ini adalah sebagai langkah bagi menyesuaikan keperluan masyarakat dengan keperluan unit kecemasan ini di luar waktu operasi,” ujar Dr. Husna ketika sesi soal jawab dijalankan.

Dalam sesi ini, masyarakat setempat dimaklumkan berkenaan pilihan yang dapat dibuat jika menghadapi kecemasan di luar waktu operasi unit kecemasan, pengunjung boleh terus menghubungi talian 999, menekan butang kecemasan di klinik atau menghubungi pegawai bertugas pada hari tersebut.

Turut hadir dalam sesi dialog ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang Salina Samsudin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda