Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Wanita Beraspirasi Membina Legasi

By 26 Februari 2025Mac 3rd, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Tengah dengan tema ‘Wanita Beraspirasi Membina Legasi’ disambut meriah dengan pelbagai acara seperti jualan dan pameran oleh agensi-agensi yang terlibat.

Dr. Noraini bersama rakan-rakan strategik program.

Bertempat di Casa Legenda Convention Center (CLCC), Paroi, di sini semalam program dimulakan seawal pagi dengan Bicara Inspirasi Bersama Khadijah International Waqf (L) Foundation oleh pengasasnya sendiri, Rohani Datuk Mohd Shahir.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

“Wanita dilihat sebagai memberi aspirasi yang tinggi kepada masyarakat untuk mempertingkatkan lagi usaha untuk mencipta perubahan yang berkekalan bagi mencapai matlamat hidup yang lebih bermakna.

“Sumbangan wanita boleh dilihat dalam pelbagai sektor, seperti penggubal dasar, pendidik, serta usahawan-usahawan yang membantu dalam memacu ekonomi negara,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan perasmian.

Hadirin turut sama membaca ikrar.

Turut diadakan segmen-segmen berinspirasi oleh tokoh-tokoh wanita yang dijemput khas oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat selaku penganjur utama.

Majlis juga turut dihadiri oleh Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan, Datuk Dr. Haji Adnan Mat, Presiden CUEPACS Malaysia, serta kakitangan awam peringkat persekutuan dan negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda