Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Wanita Pulau Pinang Memacu Pencapaian Mencorak Masa Depan

By 28 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Laporan/foto: Nurul Wahida Mohd Noor

GEORGE TOWN, 28 Feb (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) komited memperjuang hak dan menghargai peranan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan, terutamanya sebagai tunjang keluarga dan komuniti.

Gimik perasmian sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

“Kita akan pastikan bahawa wanita di Pulau Pinang bukan sahaja diberi peluang tetapi juga sebagai platform untuk bersuara, membuat keputusan dan mencorakkan masa depan negeri ini,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Chow Kon Yeow, berkata di Majlis Hari Sambutan Hari Wanita Sedunia 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Auditorium A, Komtar di sini semalam yang turut diadakan secara telesidang ke lima daerah yang lain.

Menurutnya, tema ‘Memacu Pencapaian’ amat bertepatan dengan aspirasi Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang telah lama menjadi peneraju dalam memperjuangkan hak dan peluang yang adil.

“Kerajaan negeri terus komited mencipta persekitaran kondusif bagi melahirkan wanita Pulau Pinang untuk menjadi individu dan komuniti yang progresif, cekal dan kreatif,” katanya.

Persembahan kontempori yang memukau peserta sempena Majlis Perasmian Hari Wanita Sedunia 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menyeru semua pihak termasuk jabatan kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik dan masyarakat untuk terus menyokong agenda ini.

Salah seorang peserta, Nur Shafina Nauhoo Ganny, 33, berasa teruja dapat meraikan sambutan Hari Wanita Sedunia kali ini dan amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah membuka ruang dan peluang kepada golongan wanita untuk bersama-sama mentadbir Pulau Mutiara.

“Ini telah membuktikan kemampuan golongan wanita untuk menyumbang tenaga dan idea serta mampu memikul tanggungjawab yang lebih besar,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda