
Laporan/foto: Asfalila Razak (Sarawak)
DARO, 21 Feb (MalaysiaAktif) – Unit Hemodialisis Hospital Daro telah menerima sumbangan satu unit mesin Hemodialisis daripada Yayasan OBYU yang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad semalam.
Unit mesin hemodialisis tersebut adalah tambahan kepada unit sedia di Hospital Daro yang beroperasi dengan lapan unit mesin hemodialisis bagi menampung sebanyak 31 orang pesakit buah pinggang di situ.

Safiee menyantuni salah seorang pesakit buah pinggang.
“Sumbangan daripada Yayasan OBYU ini sangat bermakna bagi pesakit-pesakit buah pinggang yang mendapatkan rawatan secara berkala di hospital tersebut kerana mampu meningkatkan kualiti rawatan dan memberi keselesaan kepada mereka,” kata Safiee.
Safiee ketika menyerahkan sumbangan mesin tersebut turut mengambil peluang untuk menziarahi dan menyantuni pesakit-pesakit buah pinggang yang sedang mendapatkan rawatan hemodialisis di hospital itu.
Turut hadir, CEO One Medicare Sdn Bhd Dr Haironi Yusoff, Executive Secretary Yayasan OBYU, Ir Lau Yew Nen dan Pengarah Hospital Daro, Dr Alhusna Dahian.
-RJ-