Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Zai’s Kerepek Semakin Popular, Permintaan Meningkat Mendadak

By 19 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Azmi Abd Rahman/Mohd Fauzan Mahari

PASIR PUTEH, 19 Feb (MalaysiaAktif) – Zai’s Kerepek, yang bermula sebagai perniagaan kecil-kecilan, kini semakin popular dengan permintaan tinggi daripada pelanggan di dalam dan luar negeri.

Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Ahmad Asyraf Saupi, 35, menceritakan bahawa perniagaan kerepek ini diasaskan oleh ibu bapanya pada tahun 1997.

“Ketika itu, kami menghasilkan kerepek pisang, kerepek bawang, kuih buah rotan, keropok ikan dan pelbagai makanan ringan lain,” katanya, di sini semalam.

Antara aneka kerepek yang dijual oleh Zai’s Kerepek

Beroperasi dari kediaman mereka di Kampung Panggong, di sini Ahmad Asyraf kini meneruskan legasi perniagaan keluarga ini secara lebih besar bersama ahli keluarganya.

Perniagaan mereka turut mendapat sokongan, bimbingan dan bantuan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Pasir Puteh.

Menurut Ahmad Asyraf, kerepek pisang dan rempeyek kacang dal adalah produk paling laris.

“Keenakan dan kerangupan produk ini sering menjadi pilihan, terutama menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri apabila permintaan meningkat mendadak,” katanya.

Ahmad Asyraf turut menasihatkan pelanggan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan kehabisan stok.

Kini, Zai’s Kerepek berbangga kerana produk mereka sudah dipasarkan ke seluruh Kelantan dan boleh didapati di Pasar Raya Mydin, stesen minyak Shell terpilih, AEON, MR. DIY, serta pelbagai pasar raya lain di Kelantan dan Terengganu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda