
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/JIM Labuan
LABUAN, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan melaksanakan pemeriksaan ke atas 124 orang peniaga di sekitar Bazar Ramadan, Labuan Walk, kelmarin.

Kehadiran Pegawai JIM menimbulkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat.
Menurut kenyataan JIM Labuan, pemeriksaan melalui pendekatan Inspektorat Penguatkuasaan itu bagi mewujudkan rasa selamat dengan kehadiran pegawai imigresen yang sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap warga asing ke arah memastikan ketenteraman masyarakat serta keselamatan negara.
“Masyarakat juga akan lebih sedar tentang undang-undang dan peraturan akibat daripada pelanggaran serta mempunyai lebih keyakinan terhadap keupayaan pihak berkuasa dalam menegakkan undang-undang.

Inspektorat Penguatkuasaan JIM Labuan turut mendapat kerjasama Perbadanan Labuan.
“Pemeriksaan ini melibatkan 16 orang pegawai pelbagai pangkat daripada JIM Labuan dibantu oleh enam orang pegawai Penguatkuasa Perbadanan Labuan dan lima orang pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan,” menurut kenyataan itu.
-ZS-