
Laporan/foto: Matsukarmi Suani/Rizalman Daim (Sarawak)
MUKAH, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 150 orang peserta hadir menjayakan Tadarus Quran, mengalunkan bacaan al-Quran dari juzuk 1 hingga 30 sempena Nuzul Al-Quran 1446H/2025M di Masjid Setia Raja, di sini malam tadi.

Peserta yang hadir sedang bertadarus al-Quran.
Menurut ketua penyelaras program Haji Jammie Andrew, 49, program yang dilaksanakan mendapat sambutan sangat menggalakkan seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Alhamdulillah, sambutan tahun ini sangat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 150 orang,” katanya.
Tambahnya lagi, objektif program ini adalah bagi menggalakkan anak-anak muda dan pelbagai peringkat umur untuk mengaji, bertadarus al-Quran.

Peserta merakamkan gambar kenangan setelah selesai khatam 30 juzuk al-Quran.
“Tahun ini didapati pelbagai lapisan peringkat umur yang hadir mengikuti program ini, dari kanak-kanak sehinggalah dewasa serta ibu bapa yang bersama-sama menjayakan program ini,” katanya.
Haji Jammie berharap dengan adanya program yang dilaksanakan sempena Nuzul Al-Quran di bulan Ramadan ini diharap dapat memberi kesan positif kepada masyarakat supaya selepas bulan Ramadan nanti, amalan membaca al-Quran diteruskan.
-ZS-