Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

2,000 Bekas Bubur Lambuk Diagihkan kepada Orang Ramai

By 4 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amiruddin Adli/Shuhaimi Ahmad

KUALA TERENGGANU, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai di pekarangan Masjid Abidin selama tiga hari bermula semalam sehingga 5 Mac ini.

Seorang penerima gembira menunjukkan bubur lambuk yang diterimanya.

Wakil penganjur, Lokman Tengah@Abdullah ketika ditemui, di sini kelmarin, berkata bubur lambuk yang diagihkan bermula pukul 3.00, dihasilkan oleh pengusaha tempatan menggunakan resipi tradisional yang telah diperkaya dengan herba asli dan lada hitam yang dikeringkan serta dimasak sendiri sejak 60 tahun lalu.

Tambahnya lagi, program ini bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadan sambil menyokong pengusaha tempatan.

“Kami berharap acara seperti ini dapat memperkenal lagi keunikan rasa warisan Terengganu dan memberi manfaat kepada semua pihak terutama pengusaha tempatan,” jelasnya.

Orang ramai berbaris bagi mendapatkan bubur lambuk.

Seorang penduduk setempat Amir, yang turut menerima sumbangan bubur lambuk tersebut, sangat berterima kasih dengan pengagihan bubur lambuk ini.

“Ia bukan sahaja menyemarakkan suasana Ramadan tetapi juga memberi peluang kepada masyarakat untuk merasai keunikan hidangan warisan negeri ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda