
Laporan/foto: Asfalila Razak (Sarawak)
DARO, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro (LAKMD) menyampaikan sumbangan tunai Hari Raya Aidilfitri kepada 300 asnaf dari 15 buah kampung di sini.

Safiee menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro merangkap Pengerusi LAKMD, Safiee Ahmad, yang turut menyampaikan pek bubur pedas dan buah kurma kepada penerima.
“Ujian kesengsaraan dan kesusahan yang Allah berikan kepada golongan yang susah juga merupakan ujian kepada golongan yang mampu, kerana ia menguji sejauh mana mereka bersedia untuk berkongsi rezeki, membantu dengan ikhlas, dan meringankan beban saudara-saudara mereka yang memerlukan,” katanya semalam.

Ceramah sempena sambutan Nuzul Al – Quran oleh Ustaz Zhafir semalam.
Dalam majlis yang sama, ceramah sempena sambutan Nuzul Al-Quran disampaikan oleh Ustaz Zhafir Hilmi menitikberatkan tentang tanggungjawab seorang muslim untuk mempelajari dan mendalami ilmu feqah, tasawuf dan akidah kerana ia merupakan tunjang kepada kehidupan seorang mukmin selain untuk memperkukuh keimanan.
-RJ-