Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

39 Koperasi Terbaik Terengganu Raih Pengiktirafan Nasional dalam Majlis Apresiasi Gemilang

By 24 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini

KUALA TERENGGANU, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Terengganu sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam dunia koperasi apabila 39 koperasi terbaik negeri ini berjaya disenaraikan dalam Profil 100 Terbaik Koperasi Malaysia dan Top 350 Koperasi Tahun 2024.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia ketika menyampaikan ucapan

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan dalam Majlis Apresiasi Koperasi Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung meriah di Hotel Permai Park Inn, Kuala Terengganu, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Amran Bin Haji Abd Kadir, melahirkan rasa bangga atas pencapaian luar biasa ini dan menzahirkan penghargaan kepada SKM Cawangan Negeri Terengganu yang berjaya menganjurkan program penuh bermakna ini.

Antara ahli Koperasi Negeri Terengganu yang hadir

“Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi motivasi kepada koperasi, tetapi juga satu pengiktirafan terhadap peranan besar mereka dalam pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan ini membuktikan bahawa gerakan koperasi di Terengganu berada di landasan yang tepat dan semakin maju.

“Dengan pencapaian ini, Terengganu terus melangkah ke hadapan sebagai pemangkin kepada kejayaan koperasi di Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya, majlis ini bukan sekadar satu perhimpunan, tetapi menjadi medan untuk koperasi-koperasi bertukar pengalaman, berkongsi kejayaan dan terus memperkukuh hubungan dalam ekosistem koperasi.

Lebih membanggakan, SKM Negeri Terengganu turut mencatat markah penuh dalam Penilaian Prestasi (KPI) Tahun 2024, satu pencapaian luar biasa yang mengukuhkan lagi reputasi negeri sebagai pusat gerakan koperasi yang dinamik dan progresif.

-AA-

Tinggalkan komen anda