Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

43 Mangsa Puting Beliung Ditempatkan di PPS

By 8 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff (Selangor)

SEKINCHAN, 8 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 43 orang daripada lapan keluarga mangsa puting beliung ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ghandiji, Sungai Burong.

Keadaan di PPS yang selesa dan dilengkapi dengan penghawa dingin

Ia susulan rumah mereka mengalami kerosakan teruk akibat bencana tersebut, kelmarin.

Menurut Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Hasnizam Hassim, PPS berkenaan dibuka jam 6.10 petang pada 6 Mac.

Antara mangsa puting beliung

“Mangsa terdiri daripada 11 lelaki dewasa, 15 perempuan dewasa, 11 kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan seorang bayi perempuan,” katanya ketika ditemui di PPS SJKT Ghandiji, di sini semalam.

Seorang mangsa, Mariayee Muthusamy, 60, berkata beliau berpuas hati dengan keadaan di pusat pemindahan tersebut.

“PPS ini sangat selesa dengan bilik yang berhawa dingin, makanan yang disediakan mencukupi, keselamatan terjamin dan kami turut menerima bantuan daripada pelbagai pihak NGO,” ujarnya.

Dalam kejadian pagi semalam, berpuluh-puluh rumah penduduk di kawasan Ban 1 dan Ban 2, Parit 4, Sekinchan, mengalami kerosakan serius akibat puting beliung yang melanda.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7.30 pagi apabila angin kencang berputar menyebabkan atap dan bumbung kediaman penduduk yang terletak di kawasan bendang diterbangkan.

-AA-

Tinggalkan komen anda