
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/KRT Taman Impianku
KUANTAN, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Kawasan Rukun Tatangga (KRT) Taman Impianku mengedar kira-kira 500 bekas bubur lambuk sempena Program Gerak Rahmah 2025 anjuran Kementerian Perpaduan, di sini semalam.

Chan Chun Kuang (berbaju kuning) tidak melepaskan peluang mengacau bubur lambuk.
Menurut Pengerusi KRT Taman Impianku Mohd Faizal Razak, kerja-kerja gotong-royong menyiapkan bubur lambuk bermula seawal pukul 8.30 pagi hingga selesai.
“Aktiviti ini turut melibatkan ahli jawatankuasa KRT dan penduduk setempat yang bertungkus-lumus menjayakan program ini,” ujarnya.

Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk bermula seawal pukul 8.30 pagi.
Tambahnya lagi, pihaknya memasak dua kawah besar bubur lambuk sebelum diedarkan kepada komuniti setempat.
Turut hadir Ahli Dewan Negeri Semambu Chan Chun Kuang.
-ZS-