
Laporan/foto : Siti Norbaizura Abdul Hamid (Jelebu)
JELEBU, 28 Mac (MalaysiaAktif) – Program Mantai Rayo yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan di Kompleks UMNO Bahagian, Simpang Pertang pada pagi semalam diserbu lebih 500 pengunjung dalam kalangan penduduk setempat.

Penyerahan duit raya kepada kanak-kanak.
Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat Jelebu dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan menyediakan barangan keperluan pada harga berpatutan.
“Alhamdulillah, sambutan hari ini amat menggalakkan, dengan penduduk setempat berpusu-pusu membeli barang keperluan untuk persiapan hari raya.
“Semoga usaha ini dapat meringankan beban,” kata Pegawai Khas EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Noorazmi Yusof yang mewakili Datuk Jalaluddin Alias yang juga Ahli Parlimen Jelebu.
Seramai 100 asnaf di DUN Pertang turut menerima sumbangan daging sebagai sebahagian daripada pengisian program tersebut.
Noorazmi Yusof turut mengambil kesempatan menyampaikan duit raya kepada anak-anak kecil yang hadir yang menambah keceriaan dalam kalangan keluarga yang memeriahkan acara ini.
Pelbagai makanan percuma seperti minyak masak paket, roti, air botol buah kecil, ikan tilapia kecil, telur dan sayur-sayuran juga disediakan untuk rakyat Jelebu yang hadir.

Pengunjung yang hadir.
Selain itu, barangan seperti beras, tulang dan ayam turut dijual pada harga yang sangat murah bagi membantu meringankan beban masyarakat dalam menyediakan juadah hari raya nanti.
Turut hadir PengarahLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan, Firdous Abu Bakar, serta Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Dr. Siti Zubaidah Zanal Abiddin.