Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Akok Raja, Kuih Pilihan di Bulan Ramadan

By 2 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Amirul Faisal Rastan

GUA MUSANG, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Kuih akok yang terkenal di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu sentiasa menjadi pilihan utama di Bazar Ramadan Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang.

Rasanya yang lemak manis ini terus menjadi tarikan utama dan kekal sebagai kegemaran ramai dalam kalangan penggemar kuih tradisional.

Pengusaha Gerai Akok Raja, Ariesuani Ahmad, 50, atau lebih dikenali sebagai Kak Sue, berkata gerainya menerima sambutan luar biasa setiap tahun menjelang Ramadan.

“Setakat ini, penjualan kuih akok raja mendapat permintaan tinggi sehingga mencecah 5,000 biji setiap hari.

“Malah, pelanggan sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya,” katanya.

Menurutnya, meskipun harga bahan mentah meningkat, beliau tetap mengekalkan harga jualan pada 80 sen sebiji atau RM4 bagi lima biji.

Muhd Iqram anak muda yang bekerja di Gerai Akok Raja.

“Kami masih bertahan dengan harga ini kerana kasihan kepada pelanggan setia yang setiap tahun menjadikan akok raja sebagai pilihan juadah berbuka,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pekerja gerai Muhd Iqram Abdul Rahman, 28, berkata suasana di Gerai Akok Raja setiap Ramadan begitu meriah dengan kehadiran pelanggan yang ramai.

“Rasa seronok apabila kuih akok habis dijual setiap hari.

“Walaupun keadaan panas kerana membakar menggunakan bara sabut kelapa, kaedah tradisional ini memberikan aroma khas, rasa unik dan tekstur lebih lembut kepada kuih akok,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda