Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Amirudin Nasihat Rakyat Usah Main Isu 3R

By 9 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengingatkan semua pihak tidak memainkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) hingga merosakkan keharmonian kaum.

Amirudin (dua dari kanan)mengacau bubur lambuk bersama penduduk ketika program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di Gombak

Menurutnya terdapat pihak tertentu gemar isu 3R berlegar di kalangan rakyat sebagai modal mereka untuk mencerca atau menghina kerajaan.

Amirudin menasihatkan sekiranya mendapat sebarang maklumat tidak sahih jangan terus kongsi, lapor kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Amirudin (tiga dari kanan) sedang mengedarkan bubur lambuk secara pandu lalu di Taman Sri Gombak

“Beri ruang kepada autoriti membuat siasatan, contoh isu ‘ham’, gegar satu Malaysia kononnya ada bangsa lain ingin menghancurkan bangsa Melayu.

“Ada pihak cuba mencetuskan perbalahan hingga menimbulkan api kemarahan, sejak dua hingga tiga hari kebelakangan ini, timbul peristiwa menimbulkan ketakutan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikam program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di Taman Seri Gombak, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor Datuk Rizam Ismail serta Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor Burhanuddin Daud.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menyeru rakyat menjadikan bulan Ramadan sebagai medan terbaik khususnya umat Islam memupuk rasa kasih sayang dan perpaduan di antara manusia.

-AA-

Tinggalkan komen anda