
Laporan/foto: Nazrin Fadar/Tamariman (Muallim)
SLIM RIVER, 23 Mac (MalaysiaAktif) – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Muallim, Komuniti MADANI Slim River dengan kerjasama Ihsan MADANI telah menjayakan Program Berbuka Puasa dan Kasih Ihsan Ramadhan bagi meraikan golongan asnaf serta anak yatim daripada kalangan pekerja dan juga anak murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Slim River, di sini kelmarin.

Anak-anak yatim SMKA Slim River diberikan duit raya oleh OBJ Muallim.
Pengurusi PBSM Muallim Muhd Fais Jamil, berkata hasil kutipan sumbangan orang ramai disalurkan terus kepada 20 orang golongan asnaf dan juga anak yatim berupa barangan dapur dan sumbangan duit raya.
“Hal ini menjadikan salah satu sebab mengapa kita tidak lakukan di tempat yang mahal tetapi di kantin SMKA ini supaya dapat memaksimakan sumbangan kepada yang memerlukan.
Majlis turut dihadiri oleh Orang Besar Jajahan (OBJ) Muallim Datuk Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad, Penolongan Pegawai Penerangan Negeri Perak Asdazairi Daut, Pegawai Khas Ahli Parlimen Tanjong Malim Khairol Najib serta guru dan pelajar SMKA Slim River.

Sumbangan kepada asnaf yang juga pekerja SMKA Slim River.
-ZS-