Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Bazar Aidilfitri Satok Bantu Usahawan Kecil Semasa Musim Perayaan

By 13 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Mohammad Abd Rahman (Sarawak)

KUCHING, 20 Mac (MalaysiaAktif) – Lebih 100 peniaga menyertai Bazar Aidilfitri Satok tahun ini yang banyak membantu usahawan-usahawan kecil untuk berniaga di musim perayaan ini.

Rahman (tengah) di hadapan reruai ARM Butik Collection di Bazar Aidilfitri Satok semalam.

Pengusaha butik di situ, Abdul Rahman Mat, 43, mengakui Bazar Aidilfitri yang bermula sejak 2010 itu, banyak membantu usahawan-usahawan kecil seperti beliau dan berharap menjadi pemangkin kepada perkembangan perniagaan warga setempat.

“Saya telah berkecimpung dalam perniagaan busana Melayu lebih 15 tahun, mengharungi pelbagai cabaran hingga ke tahap pada hari ini dan saya turut berharap bazar ini diteruskan agar menjana pendapatan peniaga tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini semalam.

Foto berkumpulan pemilik reruai Khaleefah, Zainal (kiri hujung) bersama kakitangan, Is (tengah) dan Zam (kanan).

Sementara itu, Zainal Arifin Abdul Razak, 39, yang juga pemilik butik baju Melayu Khaleefah, turut berkongsi harapan sama agar seluruh peniaga setempat mendapat menfaat daripada penganjuran bazar terbabit.

“Dengan limpahan pengunjung setiap hari menjelang perayaan Aidilfitri di sini sedikit-sebanyak membantu perniagaan bumiputera yang menyertainya,” katanya.

Bazar Aidilfitri Satok menjadi tumpuan orang ramai membeli belah pakaian raya, turut menawarkan harga berpatutan barangan keperluan raya lain seperti kuih raya, kek lapis sarawak, wangian badan dan pelbagai barangan berkaitan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda