Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Bazar Ramadan Tani FAMA Perlis Raih Jualan RM 1.4 juta

By 24 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 22 Mac (MalaysiaAktif) – Lembaga Pemasaran Persekutuan ( FAMA ) Negeri Perlis telah mencatatkan jualan berjumlah RM 1.4 juta sepanjang 20 hari penganjuran Bazar Ramadan Tani FAMA melibatkan dua outlet pemasaran FAMA di Negeri Perlis bagi tahun 2025.

Sidang media diadakan selepas program tersebut

Menurut Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan, berkata dua outlet pemasaran tersebut yang berada di Pasar Tani Kekal Simpang Empat dan Dataran ABC Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) telah disertai oleh 120 peserta.

“Pihak FAMA Perlis optimis sasaran jualan sebanyak RM 1.5 juta yang telah di tetapkan pada tahun ini akan tercapai memandangkan masih berbaki dalam 10 hari tempoh operasi bazar tersebut,” ujarnya ketika ditemui petang, semalam.

Penyampaian sumbangan kit Sentuhan Kasih kepada wakil Masjid Al-Arifin untuk 30 asnaf kariah masjid tersebut

Terdahulu beliau bersama Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Kangar, Affendi Rajini Kanth telah menyampaikan kit Sentuhan Kasih berupa barangan keperluan kepada 30 orang asnaf daripada kariah Masjid Al- Arifin Padang Katong bertempat di Tapak Bazar Ramadan Tani Dataran ABC, Kangar.

Jelasnya, FAMA Negeri Perlis telah menjalankan Program Sentuhan Kasih Ramadan@Bazar Ramadan Tani bertujuan menggalakkan usahawan berkongsi rezeki bersama kariah masjid serta golongan yang memerlukan.

“Program yang diadakan sebanyak tiga kali sejak 7 Mac lalu berjaya mengumpulkan sebanyak 600 kilogram makanan dan minuman kepada 8 buah masjid di negeri Perlis,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda